Friday 11 November 2011

NASIHAT BUAT JUNDULLAH DI MEDAN IMTIHAN

     Alhamdulillah. Dua hari lepas saya sempat berkunjung ke sekolah lama saya, Sekolah Agama Menengah Bestari. Dengan membawa jenama Alumni SAMBEST, saya terlibat dengan satu program yang memberi pendedahan mengenai suasana masyarakat di luar sana. Programnya belangsung selepas Isya' hingga pukul 11.00 malam. Dalam kesempatan itu, Saya sempat berjumpa dengan junior-junior yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ada di antara mereka yang meminta saya memberikan tips-tips sebelum peperiksaan. Tips? Apa yang boleh saya berikan?



Nasihat Buat Jundullah Di Medan Imtihan







     Bukanlah tujuan pena ini meluncur untuk memberikan tips sebelum peperiksaan, apatah lagi cara menjawab soalan. Tujuan tulisan ini hanyalah mengajak pembaca merenung kekuasaan Allah, Sang Pemberi Kejayaan. Cakap sahaja apa yang kamu mahu; 5A? 9A? 11A+? 4.0 (four flat)? Ketahuilah, semua itu tidak mustahil di sisi Allah. Malahan Allah boleh berikan benda yang jauh lebih baik. Maka, jagalah hubungan dengan-Nya.

Cerita Hubungan


     Untuk berjaya, manusia perlulah menempuh banyak jalan sebagai suatu usaha. Tetapi, manusia kekadang alpa tentang satu kuasa yang mampu memberikan keajaiban. Cerita keajaiban ini bukanlah satu dongengan atau fiksi semata-mata. Tiada apa yang mustahil dalam cerita keajaiban ini; hubungan dengan Kekasih yang Maha Satu.

     Tidak ramai manusia mampu menjaga hubungannya sesama rakan semakhluk, apatah lagi yang mampu menjaga hubungannya dengan Sang Pencipta.Yang ramai hanyalah manusia yang punah kerana gagal dalam percintaan ini. Mereka ini sudah semestinya gagal dalam kehidupan meskipun menurut kaca mata kita mereka ini ialah golongan yang berjaya.

     Jadi kita tidak boleh lari dalam mengaitkan suatu ujian dan hubungan kita dengan Allah. Meskipun ujian itu sekecil zarah, ataupun menurut kaca mata dunia ianya besar, seperti Peperiksaan, ia tetap perlu dikaitkan dengan hubungan dengan Allah S.W.T.. Untuk berjaya kita mesti menjaga hubungan tersebut.

Betapa Ramai Orang 'Nak', Tapi Tak Dapat!


     Ramai orang yang inginkan hubungan ini, dan berkejar-kejar untuk mendapatkannya. Bertungkus-lumus mendapatkannya, siang dan malam busy meningkatkan amalan supaya usahanya itu dipandang Allah, tapi natijahnya hanyalah Habuk. Ramai orang 'salah sangka' tentang maksud hubungan. Mereka hanya memandang pembinaan hubungan itu sekadar solat, baca Quran, sedekah dan lain-lain. Semua itu sia-sia belaka, tanpa hati yang hadir.

     Cuba kita lihat, apabila musim peperiksaan menjengah, pasti surau atau masjid mula sesak dengan manusia-manusia yang mula mengirim tawakkal mereka. Pastinya, di malam hari, ramai yang berjaga mengirim tahajjud cintanya. Namun, dalam ramai-ramai hamba Allah yang bangun malam, berapa ramai yang sedar akan tahajjudnya? Berapa ramai yang mampu mengalirkan air mata di saat pertemuan terindah itu? Malanglahlah buat kita, sekiranya bertahajjud sebagai 'cukup syarat' sahaja.

     Sedar; seolah-olah berasa Allah benar-benar wujud dalam jiwa kita. Setiap masa, merasakan Allah itu sangat dekat. Maka, itulah jiwa yang hidup. Jiwa yang hidup itulah petanda baik dalam hubungan yang indah ini. Maka tunggu sahajalah 'keajaiban' yang Allah boleh beri bila-bila masa sahaja.

Ceritara Keajaiban


     Bagi saya, keajaiban hubungan ini bukanlah di ilusi mahupun fantasi. Saya bawakan satu kisah buat renungan bersama. Kisah ini berlaku ketika saya tingkatan dua. Ketika itu, musim peperiksaan akhir tahun yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. Sebelum itu, saya mendapat tempat ke-10 dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun. Ketika ramai, semakin struggle untuk menjawab peperiksaan nanti, saya lebih selesa buat kerja 'pelik;pelik. Contohnya, saya sibuk untuk uruskan aktiviti-aktiviti islah dalam kelas, seperti tazkirah ramadhan. Di kala ramai pelajar khusyu' mentela'ah pelajaran, kelas persediaan malam saya dihabiskan untuk melaksanakan perkara-perkara tersebut. Saya tidak pasti, waktu bila saya belajar.

     Natijahnya, saya dapat menggugurkan nombor kosong dalam kedudukan peperiksaan pertengahan tahun yang lepas. Nombor 1! Alhamdulillah. Tiada perkataan yang mampu saya katakan, melainkan kata-kata pujian kepada Allah. Ramai orang tidak percaya yang saya mampu mendapat keputusan yang cemerlang. Saya mula sedar bahawa hubungan ini sungguh ajaib!

     Saya kisahkan cerita ini bukanlah bertujuan unyuk mengatakan bahawa dengan kita menjaga hubungan dengan Allah, pasti kita akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sesekali tidak! Apa yang ingin saya sampaikan ialah menjaga hubungan dengan Allah itu memang ajaib! Apa-apa pun boleh berlaku. Kita mungkin akan berjaya dalam peperiksaan tanpa diduga. Hatta, sekiranya kita gagal sekalipun, pasti akan ada keajaiban yang tidak di sangka-sangka.

Berusaha, Kemudian Bertawakkallah!


     Tujuan saya bawa kisah tersebut bukanlah untuk mengajak semua bertawakkal semata-mata. Usaha merupakan satu kata kunci yang penting dalam mendamba kejayaan. Namun, menyedari hakikat tawakkal itu jauh lebih penting!

     Sedarlah, tawakkal itu ialah bulat kepada Allah, bukan sekadar berteleku berjam-jam di samping sejadah.


Wallahu A'lam.


2 comments:

  1. alhamdulillah.bersyukur dpt serba sedikit tips2 berguna utk peperiksaan drpd abg wano.insyaAllah sy akn gnakan utk pekse MUET sy...:)

    ReplyDelete
  2. hrp dpt tunjuk ajr drpd penulis blog ni..artikel yg mnyentuh jiwa

    ReplyDelete