Monday 2 December 2013

MENGULAS ISU SURAT

Saya kira, isu saudara Rusydan yang diminta untuk keluar dari rumah Negeri Pulau Pinang di Mesir merupakan isu kecil dalam isu yang besar. Isu yang lebih utama dan sepatutnya diberi perhatian ialah berkenaan hak dan keadilan dalam perlembagaan yang telah ditetapkan oleh pihak berautoriti, BKPPPM. Saya percaya bahawa saudara Rusydan, YDP BKPPPM, ISMA Mesir mahupun BKPPPM hanyalah watak kecil yang telah ditakdirkan oleh Allah dalam isu ini. Hikmahnya ialah terzahir perlembagaan yang saya yakin menjadi punca kepada polemik-polemik yang berlaku. Saya rasa tiada masalah untuk melontarkan pandangan mahupun kritikan terhadap perlembagaan yang termaktub dalam BKPPPM kerana hakikatnya tiada perlembagaan yang sempurna di muka bumi ini selain perlembagaan Allah S.W.T.

Tuesday 2 April 2013

Buya Hamka: Tokoh Yang Dilupakan (Siri 1)


Biodata Buya Hamka

Nama: 
Haji Abdul Marik Karim Amrullah

Tarikh Lahir: 
17 Februari 1908

Tempat Lahir: 
Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia.

Latar Pendidikan: 
1. Pendidikan awal daripada bapanya.
2. Pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau
3. Belajar bahasa arab di Sekolah Fardu Ain di Padang Panjang
4. Menjadikan Syeikh Ibrahim Musa dan Syeikh Ahmad Rasyid sebagai mentor
5. Mempelajari tafsir daripada Kiyai Bagus Harikusomo

Jawatan yang pernah disandang: 
1. Ketua Majelis Ulama' Indonesia (MUI)
2. Anggota Pimpinan Pusat Muhammadiyah
3. Pensyarah di Universiti Islam Jakarta

Sumbangan: 
1. Menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Mekah
2. Pengasas Kolej Al-Muballighin
3. Menerbitkan majalah dakwah Pembela Islam, Merdeka, Menara, Gema Islam dan Pedoman Masyarakat
4. Mendirikan Pusat Latihan Muhammadiyah


Karya:
1. Tafsir Al-Azhar
2. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
3. Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Besar Johor
4. Di Bawah Lindungan Kaabah
5. Tasawuf Moden

Tarikh Meninggal: 
24 Julai 1981

Tempat Meninggal: 
Malaysia

Akan bersambung...

Wallahu A'lam

Sumber
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Hamka
3. http://biografi.rumus.web.id/biografi-buya-hamka/
4. http://mohdazrul.blogspot.com/2008/11/mengenali-prof-hamka.html

Friday 8 February 2013

KHAS BUAT PENCINTA NABI



Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
akan engkau turuti segala jejak Al-Amin
walau terpaksa berlaut dugaan 
untuk menekuni sirah yang panjang
sirah seorang insan yang agung.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
engkau pasti akur dengan jalan Nabi
tiadanya ibadah dengan hawa nafsu
kerana jalan itu sudah terbentang
di bawah tunjuk ajar baginda.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
engkau pasti jadi insan berguna
memanfaat segala keharusan yang ada
menerajui dunia dengan inovasimu
agar semua takjub dengan agamamu.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
hentikanlah segala khabar dustamu
tentang kalam-kalam Abul Qasim
yang engkau mudah sandarkannya
walhal ia adalah satu pengkhianatan.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
ingatanmu bukannya semusim
semusim yang penuh hipokrit dusta
kemudian kau lalai dan leka
kerana kau hanya mengadatkan cinta Nabi.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
bukan sekadar alunan 'ya habib'
dalam bait syair yang mempersona
tapi menterjemah kalam dalam lembaran
kepada sahsiah seorang umat Nabi.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
jadilah engkau seorang pencinta Nabi.