Saturday 5 November 2011

KISAH SYA'RAWI BUAT SESIAPA YANG BERGELAR PEMIMPIN

Milik siapakah wajah ini? Sudah semestinya bukan wajahku. Inilah wajah Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’râwi (16 April 1911 M. – 17 Jun 1998 M.). Aku tidak mahu menceritakan tentang latar belakangnya. Itu semua orang boleh baca sendiri. Tapi di sini aku mahu membawa cerita ringkas mengenainya yang telah dikisahkan oleh syeikhku, Syeikh Tolbah ketika talaqi kelas Ihya' Ulumuddin. Syeikh aku menceritakan bahawa beliau ialah Menteri Waqaf Mesir zaman pemerintahan Gamal Abdel Nasser (aku berpendapat bukan Gamal Abdel Nasser, tapi Anwar Sadat sebab Gamal Abdel Nasser sudah meninggal sebelum Syeikh Sya'rawi jadi menteri).



     Syeikh Tolbah menceritakan lagi: beliau duduk di Hussein (satu penempatan miskin) meskipun selepas menjadi menteri. Beliau lebih suka duduk di lantai meskipun di pejabat (sangat khudu' MACAM menteri-menteri zaman sekarang ini). Melihat keadaannya seolah-olah seorang yang miskin meskipun selepas jadi menteri, orang-orang kementerian Mesir bertanya kepadanya tentang kedaifan keadaannya ini dan selepas mengetahui bahawa beliau masih tinggal di Hussein. Apa jawapan Syeikh Sya'rawi? Katanya (lebih kurang lah ye):


     "Sebelum aku menjadi menteri, gajiku 25 Geneh, tapi selepas aku menjadi menteri, tanggunganku lebih besar!"


     Hipotesis (sepatutnya): "Semakin besar pangkat, semakin besar tanggungan. Semakin besar tanggungan, semakin banyak duit yang perlu dibelanjakan. Semakin banyak duit yang perlu dibelanjakan, semakin bersederhana hidup." 


     Cuba kita jalankan eksperimen ini kepada orang pemerintah kita, lihat sama ada 'hypothesis is accepted' atau 'Hypothesis is NOT accepted'.

No comments:

Post a Comment