Monday 16 January 2012

MAHASISWA DAN DEMONSTRASI

     (gambar hiasan)

     Mutakhir ini, kita diwayangkan dengan beberapa siri demonstrasi yang menggemparkan rakyat Malaysia. Dalam kes ini, media memainkan peranan luar biasanya dalam memanaskan berita. Pastinya berita- berita yang dimainkan akan dibaurkan dengan politik kepartian yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk 'dedahkan' kepada rakyat akan kepincangan parti lawan. Maka, disiratkan di sebaliknya unsur-unsur tuduhan dan fitnah. Namun persoalan utamanya, adakah demonstrasi dibenarkan?

Thursday 5 January 2012

SEINDAH MAWAR SYURGA YANG MENGUNTUM


IzInkan Aku Menyentuh Cinta-Mu...
IzInkan Aku Menyentuh Cintamu...

     Desir pawana berlagu di tepian pantai. Merenung hakikat kebesaran Rabbul Alamin. Tiap burung yang berkicauan dalam keizinan-Nya. Tiap unggas yang beterbangan juga dalam pemerhatian-Nya. Subhanallah. Sungguh manusia buta melihat segala unsur yang bertebaran di muka bumi ini. Mereka tertungkum dalam lembah kekufuran. Tersungkur dek dunia yang melalaikan.

     Cinta itu tidak perlu dicari, tetapi ia hadir tanpa diduga. Seperti juga diriku. Aku tidak pernah meminta walau sekelumit cinta bertaut dalam nubariku. Namun gugusan cinta suci itu yang wujud dalam sukmaku. Sebenarnya, perasaan ini merupakan lumrah alam yang tidak pernah menyanggahi tabiat dan naluri seseorang insan.

     Cinta? Apakah yang aku fahami tentang cinta? Cinta ilahi melebihi segala kepentingan dunia dan seisinya. Cinta inilah yang didorong oleh perasaan kasih Tuhan terhadap hamba-Nya dan perasaan cinta hamba terhadap Tuhannya.

     Bagaimana pula dengan cinta sesama manusia?

Wednesday 4 January 2012

PENCERAHAN TERHADAP UMUR SEBENAR SAIDATINA KHADIJAH KETIKA MENGAHWINI RASULULLAH



Alhamdulillah, akhirnya Allah memeberikan saya kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi Ilmu sesama umat manusia. Kali ini saya ingin mengetengahkan satu isu yang tidak kurang pentingnya, iaitu 'Pencerahan Terhadap Umur Sebenar Saidatina Khadijah Ketika Mengahwini Rasulullah'.

Perlunya Pencerahan Dalam Isu Ini

Sebelum saya membawa perbahasan ini lebih jauh, suka untuk saya menyatakan mengapa pencerahan ini perlu dilakukan.