Saya kira, isu saudara
Rusydan yang diminta untuk keluar dari rumah Negeri Pulau Pinang di Mesir
merupakan isu kecil dalam isu yang besar. Isu yang lebih utama dan sepatutnya
diberi perhatian ialah berkenaan hak dan keadilan dalam perlembagaan yang telah
ditetapkan oleh pihak berautoriti, BKPPPM. Saya percaya bahawa saudara Rusydan,
YDP BKPPPM, ISMA Mesir mahupun BKPPPM hanyalah watak kecil yang telah
ditakdirkan oleh Allah dalam isu ini. Hikmahnya ialah terzahir perlembagaan
yang saya yakin menjadi punca kepada polemik-polemik yang berlaku. Saya rasa
tiada masalah untuk melontarkan pandangan mahupun kritikan terhadap
perlembagaan yang termaktub dalam BKPPPM kerana hakikatnya tiada perlembagaan
yang sempurna di muka bumi ini selain perlembagaan Allah S.W.T.
Sebelum itu, moleklah saya sertakan semua link rasmi berkaitan isu tersebut.
ISMA Mesir :http://ismamesir.net/v3/?p=8797
YDP BKPPPM : http://pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2428%3Akenyataan-rasmi-ydp-bkpppm-berhubung-isu-surat-untuk-tidak-layak-menetap-di-asrama&catid=77%3Apersonal-tech
Presiden PMRAM : http://pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2429%3Akenyataan-rasmi-pmram-isu-surat-makluman-untuk-tidak-layak-menetap-di-asrama-pulau-pinang-mesir&catid=55%3Akenyataan&Itemid=412
Sampai sahaja isu ini kepada saya, saya terus menghubungi sahabat saya daripada AJKT BKPPPM sendiri dan meminta keterangan lanjut daripada beliau. Saya juga menghubungi sahabat-sahabat ISMA untuk mengambil keterangan daripada pihak mereka. Pada mulanya, pihak ISMA mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan isu ini. Mereka sertakan surat yang telah diberikan oleh pihak BKPPPM kepada saudara Rusydan sebagai eviden dakwaan mereka. Saya menghubungi saudara Iman Fadzil untuk mendapat penjelasan isu berkenaan. Tidak lama kemudian, keluar pula kenyataan rasmi daripada YDP BKPPPM dan YDP PMRAM berkaitan isu ini. Untuk mendengar penjelasan daripada satu lagi pihak, saya hubungi pula sahabat-sahabat ISMA Mesir. Ternyata isu tersebut masih terdapat perselisihan fakta dan andaian daripada kedua-dua belah pihak. Saya tak berniat untuk mentarjih (membenarkan) mana-mana pihak kerana urusan ini saya kira perlu diselesaikan antara mereka secara berhadapan.
ISMA Mesir :http://ismamesir.net/v3/
YDP BKPPPM : http://pmram.org/v2/
Presiden PMRAM : http://pmram.org/v2/
Sampai sahaja isu ini kepada saya, saya terus menghubungi sahabat saya daripada AJKT BKPPPM sendiri dan meminta keterangan lanjut daripada beliau. Saya juga menghubungi sahabat-sahabat ISMA untuk mengambil keterangan daripada pihak mereka. Pada mulanya, pihak ISMA mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkaitan isu ini. Mereka sertakan surat yang telah diberikan oleh pihak BKPPPM kepada saudara Rusydan sebagai eviden dakwaan mereka. Saya menghubungi saudara Iman Fadzil untuk mendapat penjelasan isu berkenaan. Tidak lama kemudian, keluar pula kenyataan rasmi daripada YDP BKPPPM dan YDP PMRAM berkaitan isu ini. Untuk mendengar penjelasan daripada satu lagi pihak, saya hubungi pula sahabat-sahabat ISMA Mesir. Ternyata isu tersebut masih terdapat perselisihan fakta dan andaian daripada kedua-dua belah pihak. Saya tak berniat untuk mentarjih (membenarkan) mana-mana pihak kerana urusan ini saya kira perlu diselesaikan antara mereka secara berhadapan.
# Pertama-tamanya, saya
ingin mengeluarkan dahulu peraturan yang terkandung dalam perlembagaan BKPPM
berkenaan syarat untuk menetap di rumah Negeri Pulau Pinang di Mesir. Etika
Perumahan nombor 6:
- Pelajar-pelajar
Pulau Pinang yang diakui menjadi ahli yang sah kepada Badan Kebajikan
Pelajar-pelajr Pulau Pinang Mesir samada tetap mahupun bersekutu.
# Manakala syarat untuk
menjadi menjadi ahli BKPPPM pula, dalam bab 3 nombor 2 perlembagaan BKPPPM:
- Tidak mendaftar namanya untuk
menjadi ahli mana-mana badan/persatuan yang berbau politik.
- Keahlian BKPPPM tertakluk kepada keahlian
PMRAM.
# Manakala usul yang
telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan BKPPPM ke-32:
- Menolak
unsur-unsur yang dibawa oleh persatuan yang tidak diiktiraf oleh PMRAM (ISMA,
JIM, ABIM dan Nadi UMNO)
Sebelum kita pergi lebih
lanjut, saya keluarkan dahulu premis-premis penting yang terkandung dalam
peraturan yang ditetapkan oleh BKPPPM.
Premis 1: Untuk mendiami
rumah Negeri Pulau Pinang di Mesir, seseorang itu mestilah menjadi ahli yang
sah dalam Badan Kebajikan Negeri Pulau Pinang di Mesir samada tetap mahupun
bersekutu.
Premis 2: Untuk menjadi
ahli Badan Kebajikan Negeri Pulau Pinang di Mesir, seseorang itu tidak
mendaftarkan namanya untuk menjadi ahli kepada mana-mana badan atau persatuan
yang berbau politik.
Beberapa pandangan saya
terhadap perlembagaan BKPPPM tersebut:
1. Rumah negeri
merupakan bangunan yang digazetkan oleh kerajaan Negeri kepada Badan Kebajikan
Negeri yang bertanggungjawab terhadap semua pelajar negeri tersebut. Maka Badan
Kebajikan Negeri sepatutnya tidak memilih bulu dalam memberikan penempatan
kepada pelajar negeri tersebut.
2. Seandainya syarat
untuk menjadi ahli BKPPPM ialah tidak boleh menyertai mana-mana persatuan lain
yang tidak diiktiraf PMRAM, maknanya pelajar Pulau Pinang yang menyertai badan
dan persatuan seperti ISMA, JIM, ABIM dan Nadi Umno tidak diiktiraf keahliannya
dalam BKPPPM. Sekaligus hak kebajikannya ternafi kerana batalnya keahlian
mereka. Apakah itu adil?
BKPPPM sepatutnya
bertindak lebih matang dan terbuka apabila menyentuh soal hak. Di manakah nilai
keadilan yang selalu dilaungkan dalam perjuangan? Di mana pula roh ukhuwah
islamiah yang selalu dicanang dalam program-program tarbawi yang selalu
disusun?
Inilah sedikit sebanyak
pandangan dan kritikan saya berkenaan isu tersebut. Saya mengalu-alukan
sebarang komentar mahupun jawapan balas daripada mana-mana pihak dalam usaha
menghidupkan kembali nilai-nilai yang terkubur.
Menulis dengan cinta...
Wallahu A'lam.
Оцените=> проститутки Одесса малиновский
ReplyDeleteТолько сильный оргазм способен доставить мужчине настоящее удовольствие! Рядом со мной ты будешь дрожать. Ты будешь стонать. И больше никогда не сможешь забыть меня. Всё это я гарантирую на 100%! Стоит тебе оказаться в моей постели;) Звания и титулы придуманы для тех, чьи заслуги перед страной бесспорны, но народу этой страны неизвестны.