Saya kira, isu saudara
Rusydan yang diminta untuk keluar dari rumah Negeri Pulau Pinang di Mesir
merupakan isu kecil dalam isu yang besar. Isu yang lebih utama dan sepatutnya
diberi perhatian ialah berkenaan hak dan keadilan dalam perlembagaan yang telah
ditetapkan oleh pihak berautoriti, BKPPPM. Saya percaya bahawa saudara Rusydan,
YDP BKPPPM, ISMA Mesir mahupun BKPPPM hanyalah watak kecil yang telah
ditakdirkan oleh Allah dalam isu ini. Hikmahnya ialah terzahir perlembagaan
yang saya yakin menjadi punca kepada polemik-polemik yang berlaku. Saya rasa
tiada masalah untuk melontarkan pandangan mahupun kritikan terhadap
perlembagaan yang termaktub dalam BKPPPM kerana hakikatnya tiada perlembagaan
yang sempurna di muka bumi ini selain perlembagaan Allah S.W.T.
Monday, 2 December 2013
Tuesday, 2 April 2013
Buya Hamka: Tokoh Yang Dilupakan (Siri 1)
Biodata Buya Hamka
Nama:
Haji Abdul Marik Karim Amrullah
Tarikh Lahir:
17 Februari 1908
Tempat Lahir:
Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia.
Latar Pendidikan:
1. Pendidikan awal daripada bapanya.
2. Pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau
3. Belajar bahasa arab di Sekolah Fardu Ain di Padang Panjang
4. Menjadikan Syeikh Ibrahim Musa dan Syeikh Ahmad Rasyid sebagai mentor
5. Mempelajari tafsir daripada Kiyai Bagus Harikusomo
Jawatan yang pernah disandang:
1. Ketua Majelis Ulama' Indonesia (MUI)
2. Anggota Pimpinan Pusat Muhammadiyah
3. Pensyarah di Universiti Islam Jakarta
Sumbangan:
1. Menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Mekah
2. Pengasas Kolej Al-Muballighin
3. Menerbitkan majalah dakwah Pembela Islam, Merdeka, Menara, Gema Islam dan Pedoman Masyarakat
4. Mendirikan Pusat Latihan Muhammadiyah
Karya:
1. Tafsir Al-Azhar
2. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
3. Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Besar Johor
4. Di Bawah Lindungan Kaabah
5. Tasawuf Moden
Tarikh Meninggal:
24 Julai 1981
Tempat Meninggal:
Malaysia
Akan bersambung...
Wallahu A'lam
Sumber
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Hamka
3. http://biografi.rumus.web.id/biografi-buya-hamka/
4. http://mohdazrul.blogspot.com/2008/11/mengenali-prof-hamka.html
Labels:
Tokoh Islam
Location:
Cairo, Cairo Governorate, Egypt
Friday, 8 February 2013
KHAS BUAT PENCINTA NABI
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
akan engkau turuti segala jejak Al-Amin
walau terpaksa berlaut dugaan
untuk menekuni sirah yang panjang
sirah seorang insan yang agung.
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
engkau pasti akur dengan jalan Nabi
tiadanya ibadah dengan hawa nafsu
kerana jalan itu sudah terbentang
di bawah tunjuk ajar baginda.
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
engkau pasti jadi insan berguna
memanfaat segala keharusan yang ada
menerajui dunia dengan inovasimu
agar semua takjub dengan agamamu.
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
hentikanlah segala khabar dustamu
tentang kalam-kalam Abul Qasim
yang engkau mudah sandarkannya
walhal ia adalah satu pengkhianatan.
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
ingatanmu bukannya semusim
semusim yang penuh hipokrit dusta
kemudian kau lalai dan leka
kerana kau hanya mengadatkan cinta Nabi.
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
ingatanmu bukannya semusim
semusim yang penuh hipokrit dusta
kemudian kau lalai dan leka
kerana kau hanya mengadatkan cinta Nabi.
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
bukan sekadar alunan 'ya habib'
dalam bait syair yang mempersona
tapi menterjemah kalam dalam lembaran
kepada sahsiah seorang umat Nabi.
Jika engkau benar-benar mencintai Nabi
jadilah engkau seorang pencinta Nabi.
Subscribe to:
Posts (Atom)